Sabtu, 21 Februari 2009

Sembahyang Jemaah


Salam...
lama tidak berbicara atau mencoretkan sesuatu untuk tatapan hadirin sekalian..
Almaklumlah terlalu sibuk dengan aktiviti dan kerja-kerja seharian yang lebih memerlukan komitmen yang tinggi daripadaku.Cube kite bertanya kepada diri, berapa kali kah dalam sehari kita bersembahyang jemaah?!
kita hampir tidak sedar keistimewaan sembahyang berjemaah...Bagi yang selalu bersembahyang jemaah tidak kiralah di dalam bilik bersama kawan2 ataupun berjemaah kat masjid, semua nya adalah sama dari segi kebaikan dan pahalanya.. Tahniah diucapkan kepada anda..kita hampir terlupa kebaikan2 sembahyang jemaah yang sering di beritahu oleh ustaz2 dan diceritakan dalam majalah2 yang berunsur islamik seperti ANIS dan sebagainya.

Kawan sekalian,
pernah saya mendengar tentang kebaikan solat jemaah..kalau tak silap saya daripada ustaz Kamarudin di masjid As-syakirin, beliau berkata salah satu kebaikan sembahyang jemaah ialah apabila kita berimam, solat kita akan dikira dan tetap akan mendapat 27 kali ganda walaupun kita solat dalam berkhayal. Sedangkan apabila kita sembahyang seorang diri, kita tidak semestinya mendapat pahala bagi solat tersebut apalagi kalau solat dengan keadaan yang tidak khusyuk!!

Seperti yang kita semua sedia maklum, solat membentuk jiwa kita kearah yang lebih baik..Kualiti ketakwaan seseorang sesungguhnya berkait rapat dengan kualiti solat kerana selain berkomunikasi dengan Allah , solat juga membentuk hubungan mendidik jiwa daripada melakukan perkara dilarang yang akan merosak jiwa.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan keji) dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadat lain), dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-’Ankabut, ayat 45)


Apalagi kalau ketika kita berjemaah di masjid..Perasaan bertuhan kita akan lebih bertambah dengan menyembahNYA di rumah ALLAH SWT...

Alhamdulillah dalam dua tiga hari ini saya berpeluang untuk solat jemaah kat PI..tapi jemaah kurang pada hujung minggu ni....saya bertanya kepada kawan adakah diorang buat solat jemaah kat tempat yang berdekatan seperti surau SMK.. Alhamdullillah ada.. Bleh la saya solat dekat sikit kan..=)

Apa-apa pun setiap perbuatan kita mestilah ikhlas dan dengan niat kerana Allah SWT...
wslm...