Rabu, 14 Januari 2009

Jangan Tinggal Solat

JANGAN TINGGAL SOLAT

Sebagai muslim dan muslimah kita semua tahu bahawa shurga adalah destinasi terakhir perjalanan hidup. Solat lima waktu selain solat sunat adalah amal soleh yang melayakkan memasuki syurga selain mengucap dua kalimah syahadah.


Daripada Jabir, katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Anak kunci syurga ialah sembahyang……”
( riwayat imam Ahmad )

Sesibuk manapun seseorang, solat adalah ibadah yang tidak harus ditinggalkan. Malah ketika sakit sekalipun, solat wajib dilaksanakan sama ada cara duduk atau berbaring.

Oleh itu, peliharalah solat sebaik mungkin. Dan ingatkanlah pada keluarga agar tidak lalai mengerjakannya walau sesibuk manapun kerja kita didunia ini.




JANGAN PENTINGKAN DIRI

Manusia yang paling baik di atas muka bumi ini adalah mereka yang selalu berusaha memberi manfaat dan kebaikan kepada orang lain. Manusia yang paling mulia adalah manusia yang memiliki keikhlasan dalam memperjuangkan keselamatan diri dan orang lain.

Paling tidak kita mendoakan jiran tetangga, saudara mara, dan semua manusia untuk kebaikan seperti mana kita nmahu kebaikan untuk diri kita sendiri.

Atau mungkinkah kita tidak pernah berfikir sama sekali akan perkara ini kerana kita sering disibukkan dengan urusan masing-masing? Bahkan kita tidak memiliki kasih sayang kepada orang lain kerana asyik memikirkan diri sendiri sahaja?

Seandainya kita semua bersatu padu, dengan membuat satu perkara penting dalam kehidupan untuk saling mengajak kepada kebaikan dan kebaikan dan ketaatan kepada Allah dan selalu berdoa dengan kesungguhan maka pasti Allah akan mengubah keadaan kita kepada situasi yang lebih baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan