Sabtu, 10 Januari 2009

Forum Bicara Ad-Aeen


Pada 10 Januari telah diadakan Forum Bicara Ad-Deen anjuran radio IKIM fm dengan kerjasama persatuan PERMAS bertempat di Dewan Seri Temenggung, UiTM Segamant, Johor pada pukul 9 malam. Majlis ini dihadiri oleh wakil daripada radio IKIM fm iaitu Ust. Mahathir Syaharudin dan panel pada malam tersebut ialah Ust. Ahmad Husni Abd. Rahman dan Ust. Kamaruzzaman yang merupakan wakil daripada Universiti Teknologi MARA, Johor. Tajuk yang diforumkan pada malam itu ialah ‘Kembali Menuju Ke Landasan Wahyu’.
Para panel membincangkan tentang umat Islam yang sering leka dengan nikmat dunia dan sering terlupa untuk memusabahkan diri tentang dosa-dosa yang telah dilakukan pada setiap hari dan juga membicarakan tentang nasib yang menimpa seluruh umat Islam di semenanjung Gaza yang menjadi mangsa Zionis, manusia laknatullah yang sangat kejam dan tidak mempunyai sifat kemanusian.

Sahabat semua….
Setiap kali tahun baru, kita sering bertanyakan kepada kawan-kawan apakah matlamat kita pada tahun ini?, adakah matlamat kita pada tahun lepas tercapai atau tidak?, dan sebagainya. Pernahkah kita bertanyakan pada diri kita sendiri, adakah kita pernah atau selalu muhasabah diri kita? Tentu ada diantara kita bertanyakan apakah perlu kita muhasabah diri? Apakah penting untuk muhasabah diri? Persoalan ini tentunya akan terus mempunyai jawapan jika kita mempunyai iman yang kukuh dihati kita.

Saidina Umar R.A dalam ucapannya berkata, “serulah sanak saudaramu untuk sentiasa bermuhasabah”. Amalan para Amal Soleh juga adalah memuhasabah diri pada setiap malam sebelum tidur. Saudara sekalian, sebagai seorang yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan Rasulnya, kita harus sentiasa bertanya apakah ada dosa yang telah aku lakukan pada hari ini? Apaka ada hak orang lain yang telah aku ambil tanpa pengetahuan tuannya? Dalam kehidupan seharian, kita seharusnya mempertimbangkan apa yang akan kita lakukan, seperti yang dikatakan oleh ust. Husni pada malam itu, ikut rasa binasa, ikut hati mati, ikut nafsu melulu tetapi kalau kita ikut wahyu insyaallah kita dijalan yang benar. Dengan secara tidak langsung, kita telah bermuhasabah diri dan insyallah iman kita juga akan bertambah.

Persoalannya bagaimana untuk mengaplikasikan kehidupan yang berlandaskan wahyu dan Al-Quran? Imam Nawawi dalam riwayatnya, sabda rasulullah SAW ‘tidak sempurna iman kamu apabila aku tidak dikasihi’. Mengasihi Rasulullah bukan sahaja pada tubuh badan baginda sahaja tetapi juga pada setiap perbuatan atau sunnahnya. Sebagaimana yang telah dibincangkan pada malam itu oleh ust. Kamaruzzaman, pertama sekali kita tidak akan kenal Al-Quran jika kita membacanya. Oleh itu hendaklah kita membaca kitab Allah SWT pada setiap hari, bukan sahaja kita akan mendapat pahala berganda-ganda tetapi juga kita akan mendapat keredhaan Allah dan kecerahan hati. Kedua, kenallah Rasulullah SAW. Mungkin kita tidak berpeluang untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Tetapi tidakkah kita merindui baginda? Tidakkah kita mahu melihat baginda yang selama ini telah memimpin umat islam dengan menyebarkan islam hingga ke seluruh dunia?!!

Apabila tiba tahun baru hijrah, kita selalu mengingati peristiwa penghijrahan Rasulullah dan pada pengikut baginda pada suatu ketika dahulu dari Mekah ke madinah. Peristiwa ini trelah banyak memberi perubahan kepada cara hidup umat Islam sehinggan sekarang. Hijrah bukan sahaja bermaksud berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain, tetapi boleh juga dimaksudkan perpindahan sikap yang dimulakan denagn niat sebelum melakukannya iaitu perubahan setiap amalan kita yang dilakukan pada setiap hari.hijrah juga boleh dimaksudkan perubahan cara berfikir.

Saudaraku sekalian..
Mungkin kita sering lupa apakah janji kita dengan Allah SWT iaitu dalam sembahyang kita seperti dalam ayat doa iftitah selepas takbir, ’sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah SWT’ dan juga seperti dalam surah Al-Fatihah dalam ayat akhir yang bermaksud ’ tunjukkan kami jalan yang benar, jalan yang enkau beri nikmat, bukan jalan yang engkau murkai dan juga bukan jalan yang sesat’.

Untuk mengakhiri slot ruangan pada kali ini, saya mahu mengajak saudara2, rakan2 sekalian untuk hidup bertuhan. Terdapat 3 kekosongan dalam hidup orang Islam iaitu kekosongan ilmu, sunyi dengan pekerti akhlak yang baik, dan akal yang kosong dengan keintelektualan (rohani).


Imam Al-Khazali dalam riwayatnya yang menyatakan muhasabah mestilah diiringi dengan ikhlas, berpuasa sunat untuk menghalang kelemahan jiwabdan memperbanyakkan qiamullail kerana kekuatan umat ada padanya dan juga dapat melahirkan kekuatan jiwa.

Sekian untuk kali ini...
Sama-samalah kita bermuhasabah diri untuk kesejahteraan hidup..

2 ulasan:

  1. assalamualaikum..
    waa... hebat ar ko punye content..
    tahniah!!!

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam